Sunday 25 September 2016

RUJUKAN

Edit Posted by with No comments


1.Buku
Bab 3(m/s 121-128).Siri      Politeknik : Pengajian Malaysia.

Image result for buku pengajian malaysia


2.WEBSITES
  1.  http://www.academia.edu/1113696/Hubungan_Etnik_di_Malaysia_Mencari_dan_mengekal_kejernihan_dalam_kekeruhan
  2.  https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaan-negara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/




  3.BLOGGER

  1.  http://natranadea.blogspot.my/2010/08/perpaduan-dan-integrasi-nasional.html
  2.  http://pengajianmalaysiapmptsb.blogspot.my/2016/08/322-tahap-integrasi.html?view=flipcard
  3.  http://pengajianmalaysia1996.blogspot.my/2014/09/komposisi-etnik-penduduk-malaysia.html

PENGAJARAN

Edit Posted by with No comments
Pengajarannya ialah, dalam sesebuah negara yang berbilang kaum, setiap kaum mestilah  mempunyai peranan dan fungsi masing-masing dalam pembangunan negara. Justeru, setiap kaum perlulah saling bekerjasama dan menghargai peranan kaum-kaum yang lain. Kesannya, kedatangan kaum Cina, India dan kaum-kaum lain ke tanah Melayu  pada suatu masa dahulu telah membentuk masyarakat Malaysia pada hari ini iaitu wujudnya kepelbagaian kaum, agama dan budaya.

Sunday 21 August 2016

SOALAN PENGUKUHAN

Edit Posted by with 2 comments
JAWAB SOALAN BERIKUT


1. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah perpaduan  dan integrasi kaum adalah melalui ……………

A. Pewujudan perbezaan kepercayaan
B. Penyeragaman system pendidikan dan penyatuan fahaman politik
C. Pemisahan sekolah berbagai aliran 
D. Pelbagai pekerjaan untuk mewujudkan perbezaan

2. Perpaduan dan integarasi nasional mempengaruhi hubungan etnik Malaysia berdasarkan kemenangan parti perikatan dalam pilihanraya ……………..

A. Majlis persekutuan 1995 
B. Majlis persekutuan 1956
C. Majlis persekutuan 1957
D. Majlis persekutuan 1958 

3. Sejarah awal penduduk melayu dengan penduduk asal negara mempunyai pertalian  rapat. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut? 

A. Orang melayu yang dianggap sebagai orang melayu bumiputera 
B. Orang melayu yang merupakan kaun utama di Malaysia 
C. Orang melayu yang wujud daripada masyarakat berbilang kaum 
D. Orang melayu proto yang mewakili ciri-ciri orang melayu moden 

4. Sejarah membuktikan kerajaan yang berikut menerima pengaruh hindu-budha , kecuali 

A. Kerajaan kedah 
B. Kerajaan langkasuka 
C. Kerajaan Arab 
D. Kerajaan Ganga negara 



5. Pilih kenyataan yang benar tentang tahap integrasi masyarakat 

A. Akomodasi ialah kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan 
B. Akulturasi menyebabkan kumpulan sosial terpisah dan terasing
C. Segregasi ialah proses sosial yang menyebabkan kumpulan tertentu terpisah
D. Asimilasi ialah kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan

     6.Yang manakah BENAR tentang amalan hubungan etnik berkaitan akultrasi ?
           
           A. Kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni
           B. Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu dan kelompok                      sesuatu budaya lain.
           C. Wujud interaksi yang erat antara kaum kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu                 tempoh.
           D. Proses terjadi apabila budaya atau ras bercampur


7.Perpaduan dan integrasI nasional dipengaruhi oleh faktor yang berikut,KECUALI
A. Perkongsian kuasa politik di Malaysia
B. Kerajaan demokrasi
C. Pertumbuhan ekonomi yang baik
D. Sistem perintahan penjajah

                              
                                        SOALAN STRUKTUR

       8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah             perpaduan dan intergrasi nasional.Nyatakan empat langkah tersebut.

      9. Nyatakan empat masalah yang wujud dalam mewujudkan perpaduan            dan integrasi nasional.

    10.Beberapa faktor telah mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional.            Berikan dua faktor berikut.


                                             




      JAWAPAN OBJEKTIF
1) B
2) A
3) D
4) C
5) C
6) B
7) D
  
      JAWAPAN STRUKTUR

8) (a) PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN
    (b) INTEGRASI EKONOMI
    (c) PENYATUAN FAHAMAN POLITIK
    (d) ASPEK-ASPEK SOSIAL LAIN

9) (a) PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL
    (b) PERBEZAAN PEKERJAAN
    (c) FAHAMAN POLITIK
    (d) MASALAH EKONOMI

10) (a) PERKONGSIAN KUASA POLITIK DI MALAYSIA
      (b) KERAJAAN DEMOKRASI

    

KESIMPULAN

Edit Posted by with No comments
Secara keseluruhan , setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara ,kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungan demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.




VIDEO YANG DISEDIAKAN KHAS DARIPADA KAMI


TAHAP INTEGRASI

Edit Posted by with No comments
Tahap integrasi boleh dilihat daripada segrasi sehingga amalgamasasi.

SEGREGASI

  • Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain.
  • Pemisahan boleh berlaku dari segi budaya,ras,agama,kelas sosial,dasar,adat resam,kawasan tempat tinggal,sistem persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam.
  • Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain .
  • Ia juga menyebabkan peluang untuk saling memahami semakin terhad.
                                                            









Segrasi terbahagi kepada dua iaitu RELA dan TANPA RELA

RELA
  • Golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.
TANPA RELA
  • Berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
  • Segregasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan atau pemisahanyang ketat keatas individu atau kumpulan manusia .
  • Contoh pelaksanaan undang-undang ialah Dasar Aparteid di Afrika Selatan pada tahun 1948 hingga 1994.

AKOMODASI

  • Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
  • Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
  • Kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata  dalam bidang ekonomi,politik dan pendidikan.
  • Mereka bebas mengamalkan budaya mereka.
  • Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat  antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya .
  • Kejayaan bergantung kepada  kesanggupan  menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti dari kumpulan minoriti.
                                                                              



AKULTURASI
  • Satu proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti  untuk mengurangkan batas etniknya.
                                         
Asimilasi terbahagi kepada dua jenis iaitu :

ASIMILASI BUDAYA
  • Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat  tuan rumah.
  • Contohnya bahasa,pakaian dan adat resam.
ASIMILASI STRUKTUR
  • Proses apabila anggota kumpulan minoriti  berjaya menyertai  institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

AMALGAMASI

  • Merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi biologi  iaitu tahap yang paling tinggi.
  • Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur  untuk membentuk satu jenis  budaya dan ras baharu.
  • Caranya ialah perkahwinan campur kumpulan etnik.
                                                        

                                                    







Saturday 20 August 2016

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Edit Posted by with No comments









PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL

Edit Posted by with No comments
    
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada masyarakat yang lain. Oleh itu, perpaduan dan intergrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyatnya hidup dalam suasana aman damai. Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan berbagai-bagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan kebudayaan yang berbeza. Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah, Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga boleh dilihat melalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama.

Manakala konsep integrasi adalah lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses yang menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha-usaha dan strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional. Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas baginagara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jangka masa panjang. Bagi memantapkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai etnik dan kaum, kerajaan telah mewujudkan beberapa strategi melalui pendekatan ekonomi, politik dan pendidikan untuk mencapai matlamat-matlamat perpaduan.

Usaha dan Langkah Kerajaan untuk Mengatasi Halangan Perpaduan dan Intregrasi Nasional


  • Rusuhan etnik 13 Mei 1969 telah menjadi satu titik utama ke arah pemikiran semula dasar-dasar negara dan prosesr e-enggineer ing masyarakat dilakukan dengan komprehensif meliputi semua bidang iaitu ekonomi, sosial dan politik. Kerajaan telah melancarkan usaha-usaha tertentu dalam menangani halangan-halangan. Antaranya ialah usaha politik, ekonomi, sosial dan pendidikan. Langkah ini dijalankan secara serentak dan saling bertindan. Ia bertujuan merapatkan semula jurang antara kaum yang selama ini wujud dalam hubungan sosial mereka.

1. Perpaduan Politik


  • Perpaduan politik di Malaysia dapat dilihat bermula pada tahun 1950-an. Sistem ‘kerajaan campuran’ dari segi kepelbagaian kaum merupakan salah satu cara bagimenggabungkan fahaman politik berbilang kaum dan diperkembangkan lagi melalui sistempolitik yang fleksibel. Ini jelas kelihatan apabila munculnya parti ‘Perikatan’ yangmerupakan hasil gabungan dengan parti UMNO, MCA dan MIC. Keanggotaan parti komponen dalam parti ini juga semakin bertambah setelah kemunculan Barisan Nasional. Sistem ini juga tidak mengenepikan parti-parti politik di Sabah dan Sarawak yang boleh menyertai kerajaancampuran pada peringkat pusat di Kuala Lumpur. 

  • Kerajaan Demokrasi juga merupakan satu alternatif untuk mengatasi masalah perpaduan yang wujud. Semua warganegara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara boleh menyuarakan pendapat dan kritikan. pemilihan calon dalam pilihanraya juga adalah bebas dan adil. calon yang memenangi pilihanraya dengan suara majoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat

2. Perpaduan Ekonomi


  • Proses perkembangan ekonomi telah dirangka untuk membolehkansemua kaum menyertaisemua bidang dan peringkat kegiatan ekonomi. Untuk mencapai hasrat tersebut, kerajaantelah mengambil langkah dengan mengintegrasikan ekonomi. Beberapa dasar pembangunan telah digubal seperti Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, dan lain-lain dasar pembangunan ekonomi negara. Dasar- dasar ini diambil untuk memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk membolehkan pertumbuhan lebih sama rata dan saling melengkapi antara satu sama lain. Tujuan dasar-dasar ini diperkenalkan adalah kerana kerajaan sentiasa berusaha untuk meninggikan taraf hidup rakyatnya. Dasar- dasar ini juga merupakan satu usaha kerajaan untuk melibatkan semua rakyat menyertai pembangunan negara supaya negara boleh mencapai kemajuan yang lebih membanggakan.Dengan terhapusnya gejala perbezaan fungsi ekonomi mengikut kaum akan dapat melahirkan perpaduan dalam kegiatan ekonomi dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Ini akan meninggikan lagi taraf pembangunan ekonomi Negara.

3. Perpaduan Sosial dan Kebudayaan


  • Strategi jangka pendek adalah melalui pelaksanaan aktiviti yang menggalakkan interaksi dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yangberbilang kaum. Strategi jangka pendek dilaksanakan secara berterusan diperingkat kebangsaan, negeri, daerah dan kawasan-kawasan Rukun Tetangga. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan masyarakat setempat dari pelbagai peringkat umur dan keturunan etnik mencakupi bidang sosial pendidikan, sukan, rekreasi, kesenian dan kebudayaan serta kesihatan dan alam sekitar, kebajikan, keagamaan, ekonomi dan keselamatan. Lawatan-lawatan integrasi juga dianjurkan untuk para penduduk melawati wilayah-wilayah lain ketika majlis-majlis perayaan umum negara. Dengan adanya aktiviti yang berterusan ini, akan membolehkan rakyat berinteraksi dan menjalinkan perhubungan antara mereka. Di samping itu, dapat mewujudkan suasana persefahaman yang mesra dan harmoni.



  • Sementara itu, strategi jangka panjang pula dilaksanakan melalui dasar-dasar dan program-program kerajaan yang menjurus ke arah perpaduan nasional seperti Dasar Pembangunan Negara, Dasar Belia Negara, Dasar Sosial Negara, Program Latihan Khidmat Negara dan sebagainya termasuklah program-program sukan, kebudayaan dan perayaan-perayaan seperti majlis-majlis rumah terbuka Malaysia sempena menyambut hari perayaan-perayaan umum kumpulan-kumpulan etnik di Malaysia.



  • Akhirnya apabila perpaduan dapat dijadikan sebagai satu budaya masyarakat Malaysia kita akan mencapai perpaduan dalam erti yang sebenar mewujudkan bangsa Malaysia yang kita telah tentukan sebagai matlamat terulung negara.

4. Perpaduan Pendidikan


  • Matlamat pendidikan Negara adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara dalam memupuk semangat kewarganegaraan dan rasa bangga terhadap bangsa dan agama. Dasar yang dimainkan oleh pendidikan pula sangat penting dalam proses integrasi dan pembangunan sesebuah negara.

  • Pelbagai dasar telah dilaksanakan sejak merdeka hingga ke hari untuk menyeragamkan sistem pendidikan. Jawatankuasa Barnes, Laporan Fenn-Wu,Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dan lain-lain dasar berhubung isu pendidikan berperanan untuk memupuk perpaduan. Pendemokrasian Pendidikan yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk memastikan agar semua kaum atau etnik diberi perhatian dan peruntukan serta kemudahan yangsama dan adil dalam pendidikan sama ada mereka bersekolah di dalam bandar atau di luar bandar.Oleh itu sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya terus mempertahankan nilai-nilai perpaduan yang diasaskan sebelum ini. Hanya menerusi pendidikansaja, rakyat Malaysia yang berbilang etnik dapat disemai rasa semangat kekitaan sejak kecil hinggalah dewasa










Tuesday 16 August 2016

ARTIKEL MASYARAKAT MAJMUK

Edit Posted by with No comments
                          Image result for sejarah dan latar belakang masyarakat majmuk di malaysia   
                         







SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Edit Posted by with No comments

  1. Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan oran Asli.
  2. Orang Asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang mempunyai ciri-ciri seperti orang Melayu Moden.
  3. Kehadiran etnik Cina dan India mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu.
  4. Proses perubahan dapat dilihat menerusi pembentukkan masyarakatyang berbilang kaum dimana dapat dikesan semenjak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan.
  5. Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pendagang India,Cina,Eropah dan Arab.
  6. Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
  7. Hubungan keselamatan antara Maharaja Cina menyebabkan kehadiran orang Cina di Tanah Melayu.
  8. Kerajaan Kedah,Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Budhha.
  9. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka membawa ramai pendagang dari Cina,India,Eropah,Arab dan wilayah-wilayah Kepulauan Melayu datang berhijrah ke Melaka.



MAKSUD MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.



CIRI-CIRI 


1. Berkelompok
2. Berbudaya
3. Mengalami perubahan
4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar)
5. Mempunya kepimpinan
6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)




FAKTOR

Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana faktor-faktor berikut:

1. hakikat bahawa manusia , demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkn hidup bermasyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Jadi, sifat  dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat itu adalah satu yang dinamik.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4




                                                                          HURAIAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula epelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan  masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

•  Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India 

•     Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

•     Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka.berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeriMelayu


ETNIK MINORITI

Edit Posted by with No comments
  • Etnik minoriti merupakan orang Asli yang pertama dipercayai menetap di Semenanjung Tanah Melayu.
  • Negara ini merupakan salah satu  kediaman yang terawal di Nusantara.
  • Terdapat penemuan kesan-kesan peningalan sejarah di lenggong,Perak dang GuaNiah Sarawak.
  • Penduduk awal di negara ini ialah(orang asli di semenanjung Taah Melayu,orang Punan di Sarawak,orang Rungus di Sabah)


ETNIK SERANI
  • Masyarakat Portugis dan Belanda  yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman  kesultanan Melayu Melaka.
  • Wujud di  Melaka dan Pulau Pinang serta semua orang yang berkacukan Asia dan Eropah.
  • Mempunyai kebudayaan tersendiri  dan asal usul yang
  • unik dan menarik.
ETNIK SARAWAK

ETNIK SABAH
  • Penempatan bermula di tepi pantai dan lembah-lembah sungai.
  • Masyrakat Sabah terdiri daripada 23Etnik Bumiputera
  • Antara etnik peribumi Sabah ialah Kadazan,Bajau,Dusun,Murut,Loh Dayuh,,Bisayah,Kadayun, OrangSungai, Suang Lotud,Melayu/Brunei dan Suluk.
  • Kadazan Dusun ialah etnik terbesar di Sabah
  • Kegiatan ekonomi mereka bergantung kepada bentuk muka bumi dan kawasan penempatan mereka.
  • Penduduk persisiran terdiri daripada (Bajau,Suluk, dan Brunei)
  • Menjalankan aktiviti menangkap ikan,memungut hasil laut dan hasil hutan.
  • Kegiatan ekonomi etnik Murut ialah padi huma,memburu binatang,pungut hasil hutan
  • Kemasukan buruh asing mempengaruhi komposisi penduduk Sabah.
  • Kadar pertambahan imigran Cina melebihi kadar penduduk Bumiputera mengakibatkan kemasukan orang asing sehingga etnik Sabah terdiri daripada pelbagai kaum yang wujud hingga ke hari ini.