Sunday, 21 August 2016

SOALAN PENGUKUHAN

Edit Posted by with 2 comments
JAWAB SOALAN BERIKUT


1. Langkah yang diambil oleh Kerajaan Malaysia untuk mengatasi masalah perpaduan  dan integrasi kaum adalah melalui ……………

A. Pewujudan perbezaan kepercayaan
B. Penyeragaman system pendidikan dan penyatuan fahaman politik
C. Pemisahan sekolah berbagai aliran 
D. Pelbagai pekerjaan untuk mewujudkan perbezaan

2. Perpaduan dan integarasi nasional mempengaruhi hubungan etnik Malaysia berdasarkan kemenangan parti perikatan dalam pilihanraya ……………..

A. Majlis persekutuan 1995 
B. Majlis persekutuan 1956
C. Majlis persekutuan 1957
D. Majlis persekutuan 1958 

3. Sejarah awal penduduk melayu dengan penduduk asal negara mempunyai pertalian  rapat. Apakah yang dimaksudkan dengan kenyataan tersebut? 

A. Orang melayu yang dianggap sebagai orang melayu bumiputera 
B. Orang melayu yang merupakan kaun utama di Malaysia 
C. Orang melayu yang wujud daripada masyarakat berbilang kaum 
D. Orang melayu proto yang mewakili ciri-ciri orang melayu moden 

4. Sejarah membuktikan kerajaan yang berikut menerima pengaruh hindu-budha , kecuali 

A. Kerajaan kedah 
B. Kerajaan langkasuka 
C. Kerajaan Arab 
D. Kerajaan Ganga negara 



5. Pilih kenyataan yang benar tentang tahap integrasi masyarakat 

A. Akomodasi ialah kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan 
B. Akulturasi menyebabkan kumpulan sosial terpisah dan terasing
C. Segregasi ialah proses sosial yang menyebabkan kumpulan tertentu terpisah
D. Asimilasi ialah kumpulan sosial dipisahkan atau diasingkan

     6.Yang manakah BENAR tentang amalan hubungan etnik berkaitan akultrasi ?
           
           A. Kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni
           B. Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu dan kelompok                      sesuatu budaya lain.
           C. Wujud interaksi yang erat antara kaum kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu                 tempoh.
           D. Proses terjadi apabila budaya atau ras bercampur


7.Perpaduan dan integrasI nasional dipengaruhi oleh faktor yang berikut,KECUALI
A. Perkongsian kuasa politik di Malaysia
B. Kerajaan demokrasi
C. Pertumbuhan ekonomi yang baik
D. Sistem perintahan penjajah

                              
                                        SOALAN STRUKTUR

       8.Kerajaan telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah             perpaduan dan intergrasi nasional.Nyatakan empat langkah tersebut.

      9. Nyatakan empat masalah yang wujud dalam mewujudkan perpaduan            dan integrasi nasional.

    10.Beberapa faktor telah mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional.            Berikan dua faktor berikut.


                                             




      JAWAPAN OBJEKTIF
1) B
2) A
3) D
4) C
5) C
6) B
7) D
  
      JAWAPAN STRUKTUR

8) (a) PENYERAGAMAN SISTEM PENDIDIKAN
    (b) INTEGRASI EKONOMI
    (c) PENYATUAN FAHAMAN POLITIK
    (d) ASPEK-ASPEK SOSIAL LAIN

9) (a) PEMISAHAN TEMPAT TINGGAL
    (b) PERBEZAAN PEKERJAAN
    (c) FAHAMAN POLITIK
    (d) MASALAH EKONOMI

10) (a) PERKONGSIAN KUASA POLITIK DI MALAYSIA
      (b) KERAJAAN DEMOKRASI

    

KESIMPULAN

Edit Posted by with No comments
Secara keseluruhan , setiap kaum utama sama ada di Tanah Melayu mahupun di Sabah dan Sarawak mempunyai identiti dan kelompok masing-masing. Dengan adanya dasar-dasar kerajaan dan Rukun Negara ,kesepaduan dan keharmonian dapat dicapai.Kesepaduan sosial boleh wujud dan bercambah sekiranya semua pihak saling melengkapkan dan menjamin kelangsungan demi meningkatkan daya tahan dan keharmonian dalam sesebuah masyarakat majmuk.Proses perpaduan di negara ini memerlukan kerjasama dan kesedaran semua pihak sama ada secara sedar atau tidak untuk memastikan kesepaduan sosial yang sedia ada dapat dikekalkan.




VIDEO YANG DISEDIAKAN KHAS DARIPADA KAMI


TAHAP INTEGRASI

Edit Posted by with No comments
Tahap integrasi boleh dilihat daripada segrasi sehingga amalgamasasi.

SEGREGASI

  • Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain.
  • Pemisahan boleh berlaku dari segi budaya,ras,agama,kelas sosial,dasar,adat resam,kawasan tempat tinggal,sistem persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam.
  • Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain .
  • Ia juga menyebabkan peluang untuk saling memahami semakin terhad.
                                                            









Segrasi terbahagi kepada dua iaitu RELA dan TANPA RELA

RELA
  • Golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.
TANPA RELA
  • Berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
  • Segregasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan atau pemisahanyang ketat keatas individu atau kumpulan manusia .
  • Contoh pelaksanaan undang-undang ialah Dasar Aparteid di Afrika Selatan pada tahun 1948 hingga 1994.

AKOMODASI

  • Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
  • Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
  • Kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata  dalam bidang ekonomi,politik dan pendidikan.
  • Mereka bebas mengamalkan budaya mereka.
  • Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat  antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya .
  • Kejayaan bergantung kepada  kesanggupan  menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti dari kumpulan minoriti.
                                                                              



AKULTURASI
  • Satu proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti  untuk mengurangkan batas etniknya.
                                         
Asimilasi terbahagi kepada dua jenis iaitu :

ASIMILASI BUDAYA
  • Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat  tuan rumah.
  • Contohnya bahasa,pakaian dan adat resam.
ASIMILASI STRUKTUR
  • Proses apabila anggota kumpulan minoriti  berjaya menyertai  institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

AMALGAMASI

  • Merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi biologi  iaitu tahap yang paling tinggi.
  • Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur  untuk membentuk satu jenis  budaya dan ras baharu.
  • Caranya ialah perkahwinan campur kumpulan etnik.