Tuesday 16 August 2016

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA

Edit Posted by with No comments

  1. Sejarah awal penduduk Tanah Melayu mempunyai pertalian rapat dengan oran Asli.
  2. Orang Asli dikenali sebagai Orang Melayu Proto yang mempunyai ciri-ciri seperti orang Melayu Moden.
  3. Kehadiran etnik Cina dan India mempengaruhi dan mengubah sistem sosial masyarakat Tanah Melayu.
  4. Proses perubahan dapat dilihat menerusi pembentukkan masyarakatyang berbilang kaum dimana dapat dikesan semenjak awal tahun Masihi menerusi kegiatan perdagangan.
  5. Tanah Melayu menjadi tumpuan dan tempat persinggahan para pendagang India,Cina,Eropah dan Arab.
  6. Tanah Melayu merupakan tempat yang strategik iaitu di tengah-tengah laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
  7. Hubungan keselamatan antara Maharaja Cina menyebabkan kehadiran orang Cina di Tanah Melayu.
  8. Kerajaan Kedah,Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Gangga Negara telah menerima pengaruh Hindu-Budhha.
  9. Keagungan Kerajaan Melayu Melaka membawa ramai pendagang dari Cina,India,Eropah,Arab dan wilayah-wilayah Kepulauan Melayu datang berhijrah ke Melaka.



MAKSUD MASYARAKAT MAJMUK

Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.



CIRI-CIRI 


1. Berkelompok
2. Berbudaya
3. Mengalami perubahan
4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar)
5. Mempunya kepimpinan
6. Mempunyai aturan sosialnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)




FAKTOR

Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana faktor-faktor berikut:

1. hakikat bahawa manusia , demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat.
2. Manusia mesti memahami sebaik mungkn hidup bermasyarakat.
3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam masyarakat sendiri dan dengan masyarakat lain. Jadi, sifat  dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat itu adalah satu yang dinamik.

Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan Borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4




                                                                          HURAIAN

Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula epelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan  masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Sebelum abad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya. Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, semenanjung Tanah Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.

•  Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masing-masing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India 

•     Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.

•     Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka.berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeriMelayu


0 comments:

Post a Comment