Sunday 21 August 2016

TAHAP INTEGRASI

Edit Posted by with No comments
Tahap integrasi boleh dilihat daripada segrasi sehingga amalgamasasi.

SEGREGASI

  • Satu proses sosial yang menyebabkan individu atau kumpulan sosial tertentu dipisahkan atau diasingkan dengan individu atau kumpulan sosial yang lain.
  • Pemisahan boleh berlaku dari segi budaya,ras,agama,kelas sosial,dasar,adat resam,kawasan tempat tinggal,sistem persekolahan,pengangkutan dan kemudahan awam.
  • Proses ini menyebabkan kumpulan etnik kurang berinteraksi antara satu sama lain .
  • Ia juga menyebabkan peluang untuk saling memahami semakin terhad.
                                                            









Segrasi terbahagi kepada dua iaitu RELA dan TANPA RELA

RELA
  • Golongan manusia yang memencilkan diri dengan tujuan berada dalam kumpulan mereka sahaja.
TANPA RELA
  • Berlaku kerana paksaan daripada pihak yang berkuasa seperti segregasi de jure.
  • Segregasi de jure berlaku apabila kerajaan memaksa pengasingan atau pemisahanyang ketat keatas individu atau kumpulan manusia .
  • Contoh pelaksanaan undang-undang ialah Dasar Aparteid di Afrika Selatan pada tahun 1948 hingga 1994.

AKOMODASI

  • Proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
  • Dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling menghormati.
  • Kumpulan etnik dapat melibatkan diri secara bebas dan sama rata  dalam bidang ekonomi,politik dan pendidikan.
  • Mereka bebas mengamalkan budaya mereka.
  • Berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat  antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya .
  • Kejayaan bergantung kepada  kesanggupan  menghilangkan identiti mereka dan menerima identiti dari kumpulan minoriti.
                                                                              



AKULTURASI
  • Satu proses yang berlaku apabila kumpulan minoriti atau kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti  untuk mengurangkan batas etniknya.
                                         
Asimilasi terbahagi kepada dua jenis iaitu :

ASIMILASI BUDAYA
  • Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat  tuan rumah.
  • Contohnya bahasa,pakaian dan adat resam.
ASIMILASI STRUKTUR
  • Proses apabila anggota kumpulan minoriti  berjaya menyertai  institusi utama dan aktiviti sosial dalam masyarakat dominan.

AMALGAMASI

  • Merupakan istilah yang dikategorikan dalam asimilasi biologi  iaitu tahap yang paling tinggi.
  • Proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur  untuk membentuk satu jenis  budaya dan ras baharu.
  • Caranya ialah perkahwinan campur kumpulan etnik.
                                                        

                                                    







0 comments:

Post a Comment