Monday 15 August 2016

ETNIK MELAYU

Edit Posted by with No comments


                                     Image result for etnik melayu di malaysia
Etnik melayu berasal daripada berbagai-bagai keturunan iaitu :
1.Melayu Porto - Melayu Purba atau Melayu Asli
  • Merupakan nenek moyang Indonesia yang pertama kali datang ke Indonesia sekitar tahun 1500 SM.
  • Mereka adalah orang-orang Austronesia yang memasuki wilayah nusantara melalui du jalur iaitu jalur barat(Malaysia-Sumatera)dan jalur utara/timur(Philipina-Sulawesi)
  • Memiliki kebudayaan batu muda (Neolitikum)
  • Memiliki rambut lurus.kulit kuning yang bewarna kecoklat dan bermata sepet.
  • Mendiami daerah Indonesia bahagian timur seperti Dayak,Terojak,Mentawai,Nias dan Papua.
  • Mereka telah berkembang sehingga membentuk suku kaum Sumang,Senoi,Temiang,Jakun,orang laut dan orang sungai.


2.Melayu Deutero-Melayu lama



Menurut N.Daldjoeni (1984),bangsa Deutero Melayu atau Melayu Muda ini berasal dari Dongson di Vetnam Utara sehingga mereka ini kadangkala disebut orang-orang Dongson.Mereka telah memiliki kebudayaan yang lebih tinggi daripada bangsa Proto Melayu.

Peradaban mereka ditandai dengan kemampuan mengerjakan logam dengan sempurna.Barang-barang hasil kebudayaan mereka telah terbuat dari logam.Mula-mula perunggu dan kemudian dari besi.Hasil kebudayaan logam di Indonesia yang terpenting ialah kapak corong atau kapak sepatu dan nekara.Selain itu,mereka juga mahir dalam bidang pertanian .Melayu ini kurang berhijrah,mempunyai bahasa seragam, dan ramai dalam kalangan mereka mendiami kawasan kampung dan dusun.

3.MELAYU MODEN YANG DATANG DARI TIMUR TENGAH,INDIA,CINA DAN EROPA
Merupakan masyarakat yang bercampur dan berkahwin antara Melayu Proto dan Melayu Deutero dan kumpulan yang datang dari Timur Tengah,India,Cina dan Eropah. Mereka:
  •  memilih untuk menjadi melayu,
  • bertutur dalam bahasa melayu yang fasih
  • ,beragama islam
  • ,mengamalkan budaya melayu
  •  berbangga sebagai orang melayu
Kebanyakkannya mereka tinggal di bandar dan terdedah kepada kemajuan teknologi









0 comments:

Post a Comment