Thursday 11 August 2016

PENGENALAN

Edit Posted by with No comments



Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanan dan kestabilan politikyang diasaskan oleh hubungan etnik yang positif dan bersifat sinergi telah menarik minat negara luar untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan ini. Kekuatan hubungan yang terjalin antara etnik ini sebenarnya bukanlah untuk dihuraikan kepada negara luar, tetapi yang penting kepada rakyat Malaysia sendiri.Keupayaan Malaysia mengekalkan kestabilan politik,ekonomi dan sosial membolehkan negara ini terus membangun dengan pesat.Malaysia juga berjaya menjadi sebuah negara yang berpendapatan sederhana dalam tempoh kurang daripada 50 tahun.

   Kehidupan manusia inidapat dilihat daripada pelbagai konteks.Persaingan dan konflik antara etnik,sama ada secara nyata atau tidak sering berlaku di negara-negara yang berlatarbelakangkan masyarakat pelbagai kaum.Kebanyakkan negara mahu menjadikan Malaysia sebagai model negara yang dilihat berjaya mempertahankan hubungan pelbagai etnik sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 walaupun tidak dapat dinafikan Malaysia juga mempunyai pasang surutnya dalam menangani kemelut konflik hubungan etnik.





                                

0 comments:

Post a Comment